Sejarah Penubuhan Sekolah

 

SEJARAH SEKOLAH

BANGUNAN  ASAL

            Sekolah  Perempuan  Methodist  peringkat  menengah  dan  rendah  telah  ditubuhkan  pada  24  Mei  1924  oleh  Puan  Ruth  Eklund  apabila  beliau  mengumpulkan  29 orang  murid  perempuan  di  sebuah  pondok  atap  yang  dipinjamkan  oleh  Liga  Epworth  dari  Gereja  Wesley,  Klang.  Sekolah  ini  dinamakan  Sekolah  Perempuan  Methodist  kerana  diasaskan  oleh  Pertubuhan  Mubaligh  Methodist.

            Pada tahun  1996,  tapak  bangunan  sekolah  ini  di  Jalan  Sultan  telah  dibeli  dan  4  buah  bilik  darjah  serta  pejabat  telah  dibina.

            Bangunan  Sekolah  Perempuan  Methodist  yang  ada  sekarang  ini  (Menengah  dan  Rendah)  di  Jalan  Raya  Barat  telah  dibina  pada  tahun  1952  dan  semenjak  itu  telah  diperbesarkan  berperingkat-peringkat  selaras  dengan  bilangan  murid  yang  semakin  bertambah  di kedua-dua  buah  sekolah. (Menengah  dan  Rendah).

            Pada  tahun  1954,  bangunan  atap  sementara  yang  disambungkab  kepada  bangunan  sekolah  lama  di  Jalan  Sultan  telah  disahkan  tidak  boleh  digunakan  oleh  Lembaga  Bandaran  Klang.  Oleh  itu , bangunan  yang  ketiga perlu  didirikan  di  Jalan  Raya  Barat  yang  mengandungi  6  buah  bilik  darjah,  sebuah  dewan, sebuah  perpustakaan, sebuah  pejabat  dan  bilik  rehat  guru.  Bangunan  tersebut  siap  dibina  dan  dibuka  dalam  tahun  1957.  Sekolah  Rendah  di  Jalan  Sultan  dipindahkan  ke  bilik  darjah  di  bangunan  kedua  di  Jalan  Raya  Barat,  Klang  pada tahun  1957.

            Sekolah  Rendah  Perempuan  Methodist  Klang  diasingkan  dari  sekolah  menengah  mulai dari  bulan  Januari  1958.  Sekolah  yang  kian  menjadi  sesak  ini  memerlukan  lebih  banyak  bilik  dan  pada  tahun  1961  apabila  bangunan  keempat  telah  ditambah  untuk  Sekolah  Menengah.  Bilik  Sains  Am  dan  Sains  Rumahtangga  kepunyaan  Sekolah  Menengah  telah  diserahkan  kepada  Sekolah  Rendah  untuk  dijadikan  bilik  darjah  dan  bilik  rehat  guru.  Kemudahan-kemudahan  yang  lebih  baik  telah  disediakan  untuk  sekolah  rendah.

  BANGUNAN  TAMBAHAN

            Pada  13  November  1964,  bangunan  tambahan  telah  dibuka  dengan   rasmi  oleh  isteri  Yang  Berhormat  Menteri  Besar  Selangor  iaitu  Datin  Salmah  bt  Mohd  Sulaiman  dan  direstui  oleh  Bishop  Robert  F. Lundy, D.D  dari  Conference  Gereja  Methodist  Malaysia.

            Memandangkan bilangan murid yang begitu ramai, keluasan kantin yang ada tidak mencukupi untuk kegunaan kedua-dua buah sekolah. Oleh itu, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan untuk menampung keperluan tersebut. Bangunan  yang  kelima  telah  didirikan  pada  tahun  1964.  Kantin  dan  pejabat  di  tingkat  bawah  dan  4  buah  bilik  darjah  di  tingkat  pertama.

            Pada  tahun  1996 , sebuah  bangunan  dua  tingkat  telah  didirikan.  Bangunan  ini  merupakan  bangunan  keenam  yang  dibina  di  Jalan  Raya  Barat.  Bangunan ini  terdiri  daripada  4  bilik  darjah  di  tingkat  atas  ,dua  bilik  darjah  di  tingkat  bawah  serta  Bengkel  Kemahiran  Hidup  dan  sebuah  bilik  yang  dikongsi  bersama  Bilik  Rawatan  dan  Bilik  Bimbingan  dan  Kaunseling.

  KEMUDAHAN - KEMUDAHAN  YANG  DISEDIAKAN

            Dua  buah  bilik  darjah  di  tingkat  pertama  diubahsuai  menjadi  Perpustakaan  dan  Pusat  Sumber.  Pada  tahun 1988  ialah  Tahun   Membaca. Sempena  Tahun  Membaca,  sebuah  teratak  bacaan  telah  dibina  dengan  usaha  dan  kerjasama  antara  PIBG  dan  Kelab  Rotary  Pelabuhan  Klang.             Pada  tahun  1989,  kemudahan-kemudahan  yang  disediakan  ialah  sebuah  bilik  muzik  dan  sebuah  bilik komputer.  Padang  permainan  juga  telah  dibaikpulih  dengan  kos perbelanjaan  RM49,000.00  . Melalui Jogathon  Keluarga  pada  4  Ogos  1998,  sebanyak  RM42,000.00  telah dikumpulkan  dan  Yang  Berhormat  Menteri  Kesihatan,  Encik  Ng  Cheng  Kiat  pula  telah  mendermakan  pasir  yang  berharga  RM8,000.00.  Sekolah  Menengah telah berkongsi  perbelanjaan  dengan  memberi  RM15,000.00.

            Pada  10 Mac  1990,  perasmian  Jalan  Tambak  oleh  Yang  Berhormat Tuan Tonh Yoke  Seng A.M.S.  Jalan  Tambak  ini telah  diusahakan  oleh  PIBG  1989/1990.

            Pada  tahun  2000,  pihak  PIBG  telah  menjalankan  Projek  Malam  Millenium.  Hasil  kutipan  wang  sebanyak RM46,106.16  telah  digunakan  untuk  membaikpulih  dan  menaiktaraf  tandas  sekolah.

            Pada  tahun  2001,  PIBG  telah  mengadakan  program  Bacathon.  Hasil  kutipan  sebanyak  RM53,123.00  telah  digunakan  untuk  menaiktaraf  dan  ubahsuai  Pusat  Sumber,  membeli  peralatan  buku  serta  alat  bantu  mengajar.