Pendaftaran Murid Tahun 1 untuk 2013 dan 2014

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK(WARGANEGARA) KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2013 DAN 2014 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR
Tarikh : 01 Mac hingga 30 April 2012
Masa:Isnin - Jumaat (kecuali cuti Am) 8.00 pagi -4.30 petang
Tempat :Pejabat Sekolah (Untuk serah dokumen)
*Kelahiran pada 02.01.2006 - 01.01.2007 (sesi persekolahan 2013)
*Kelahiran pada 02.01.2007 -01.01.2008 (sesi persekolah 2014)

Sila bawa bersama:
1. Sijil kelahiran atau sijil Anak Angkat (asal dan salinan)
2. Bukti alamat tempat tinggal (bil elektrik atau bil air)
3. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
4. Sijil Nikah /Pendaftaran Perkahwinan / Hak penjagaan anak (asal dan salinan)
5. Sampul surat besetem bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)

Nota:
1. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor di alamat http://apps.moe.gov.my/esppsel/
2. Ibu bapa perlu membuat perakuan permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal seperti dalam senarai semak yang disertakan.