Pemberitahuan Untuk Makluman dan Tindakan Ibu Bapa

Adalah dimaklumkan bahawa tuan / puan diminta memberi perhatian dan tindakan berhubung perkara-perkara berikut:-
1) Hari Anugerah Cemerlang 2011 akan diadakan pada 18 November 2011 (Jumaat 7.30 pagi hingga 12.20 tengah hari. Murid-murid yang terlibat sahaja yang akan hadir. Tiada persekolahan di sesi petang.
2) Cuti Persekolahan Akhir Tahun bermula 19 Nov 2011 hingga 03 Januari 2012. Sekolah dibuka pada 04 Januari 2012.(Rabu)
3) Kedai Buku Sekolah akan beroperasi mulai 13 December 2011. Waktu operasi :9.00-2.00 petang(Isnin - Sabtu).Senarai buku boleh didapati di kedai buku.
4) Orientasi TahunSatu 2012 akan dijalankan pada 30 Disember 2011 (Jumaat). Ibu Bapa / penjaga murid yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat.
5) Senarai Bayaran Pelbagai 2012.(Sila rujuk surat pemberitahuan yang telah diedarkan kepada murid).

Pihak sekolah berharap kerjasama dan keperihatinan tuan/puan berkaitan persiapan sesi persekolahan 2012 amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Hajah Noriati Binti Mohd Yusof
Guru Besar
SK (P) Methodist,Klang.